Sejarah Warisan Kuda Kepang .


Hai . . . Dah berapa hari Lina tak menaip entry kan ? Naik lenguh dah jari-jemari ni ^^
Hari ni baru dapat ilham nak buat entry pasal apa. Tengok tajuk pun dah tahu kan ? KUDA KEPANG ! Siapa pernah tengok kuda kepang , sila buat hidung macam ni ----> -..-
Memang syok gila bila tengok . Orang Johor macam Lina ni memang selalu lah tengok kan ??
Hari tu Lina baru tengok kuda kepang . Ada yang jadi macam harimau ! Seram !~

 

PENGENALAN :
Kuda kepang merupakan satu seni tradisional yang semakin ditelan zaman. Kuda kepang dikenali dengan pelbagai nama seperti jaran kepang, kuda lumping, jathilan dan ebeg. Menurut orang Jawa memberikan makna bagi 'jaran' ialah kuda manakala 'kepang' merujuk kepada anyaman. Bagi masyarakat jawa panggilan bagi kuda kepang yang popular ialah jaran kepangkerana pertunjukan yang dipersembahkan ialah menggunakan anyaman kuda.
PANTANG-LARANG :
Pantang larang di dalam tarian kuda kepang dapat dilihat dari pada pelbagai aspek seperti pantang larang sebelum memulakan tarian, pantang larang kepada penari, pantang larang pemain alat muzik, pantang larang terhadap kuda kepang dan pantang larang kepada penonton. Pantang larang pantang larang yang diwujudkan ini bertujuan untuk memastikan nilai keunikan yang terdapat dalam tarian kuda kepang dapat dikekalkan.
Itu lah serba sedikit pasal kuda kepang ni. Tarian ni memang popular dalam negeri Johor.
Negeri lain pun ada jugak . Tapi memang jarang ada . Bila tengok memang syok habis. Lina paling suka tengok kuda kepang masa budak sekolah Lina main . Dia pakai isim beruk ! HaaaHaaa. Serius lawak gila dia. Tapi , bila dia nak keluarkan balik isimnya , memang susah . Seksa sangat !~
>> Nak tahu lebih ? Pergi search dekat Google.
>> Bila tengok kuda kepang , jangan pakai baju merah !
>> Menyesal tak ambik gambar orang yang kena rasuk tu ~
Tengok ni : 
( Kuda kepang di Johor. Tempatnya dekat jer dengan kawasan tempat tinggal Lina )

Thank You for reading this entry.. Do comment too!

0 cupcakes: